AHLI keluarga tiba untuk upacara pembakaran mayat pesakit Covid-19 dari India. FOTO AFP
AHLI keluarga tiba untuk upacara pembakaran mayat pesakit Covid-19 dari India. FOTO AFP
AFP

Geneva: Varian baharu Covid-19 dari India, kini sudah merebak ke 44 negara.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, varian B.1.617 yang pertama kali ditemui di India pada Oktober lalu itu, dikesan dalam lebih 4,000 sampel yang dimuat naik dalam pangkalan data terbuka 44 negara.

"WHO juga menerima laporan varian itu dikesan di lima lagi negara," kata pertubuhan itu.

Selain India, Britain juga merekodkan jumlah kes Covid-19 tertinggi berpunca daripada varian itu.

Awal minggu ini, WHO mengisytiharkan varian B.1.617 yang mempunyai tiga sub-garis keturunan dan mutasi serta ciri yang sedikit berbeza, sebagai varian yang membimbangkan (VOC).

Ia disenaraikan dalam varian yang mengandungi tiga varian lain Covid-19, yang pertama kali dikesan di Britain, Brazil dan Afrika Selatan.

Varian ini lebih berbahaya daripada versi asal virus berikutan ia mudah menular, membawa maut serta mampu kebal dengan sesetengah vaksin.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Mei 2021 @ 10:35 AM