POLIS Indonesia berjaga di luar gereja selepas letupan di Makassar. FOTO AFP
POLIS Indonesia berjaga di luar gereja selepas letupan di Makassar. FOTO AFP
AFP

Makassar, Indonesia: Kejadian letupan di gereja pagi ini disahkan sebagai serangan pengebom berani mati, kata ketua menteri keselamatan negara.

"Kejadian bom berani mati berlaku di gereja katedral di sini dan menyebabkan dua (pengebom) mati," kata Mahfud MD kepada wartawan di Jakarta.

Kira-kira 20 orang cedera dalam kejadian hari ini ketika penganut Kristian berada di dalam gereja meraikan permulaan Minggu Suci, kata menteri.

Ia adalah kenyataan rasmi pertama dilakukan pihak berkuasa bagi mengesahkan kejadian itu berkaitan pengeboman berani mati.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 9:13 PM