SKUAD antibom polis Indonesia sedang menjalankan tugas di tempat kejadian. FOTO/AFP
SKUAD antibom polis Indonesia sedang menjalankan tugas di tempat kejadian. FOTO/AFP
Reuters

JAKARTA : Sekurang-kurangnya dua maut manakala 13 lagi cedera dalam serangan pengebom nekad membabitkan tiga gereja di Surabaya, hari ini.

Jurucakap Polis Jawa Timur, Frans Barung Mangera berkata, pihak berkuasa sedang berusaha mengenal pasti identiti kesemua mangsa.

Indonesia ialah negara dengan majoriti penduduk Islam ketiga terbesar di dunia dan menjadi sasaran pemberontak tempatan sejak kebelakangan ini.

Menurut polis, kesemua serangan berkenaan dilakukan pengebom nekad dan dua kematian disahkan setakat ini manakala 13 lagi mengalami kecederaan.

Rakaman visual televisyen turut memaparkan serpihan bangunan bertaburan di pintu masuk sebuah gereja yang dikawal rapi oleh polis.

Pihak berkuasa dilaporkan turut menyiasat sama ada terdapat letupan keempat di sebuah gereja lain.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Mei 2018 @ 10:25 AM