ANTARA pesawat tentera yang terbabit dalam proses evakuasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, sebelum ini.  FOTO EPA
ANTARA pesawat tentera yang terbabit dalam proses evakuasi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai, sebelum ini. FOTO EPA
AFP

Kabul: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pengunduran terakhir tenteranya di Afghanistan pada Isnin.

Pengunduran itu menamatkan perang 20 tahun yang menyaksikan Taliban kembali menguasai negara berkenaan.

"Saya mahu mengumumkan pengunduran sepenuhnya tentera dari Afghanistan dan penamatan misi ketenteraan untuk mengeluarkan rakyat AS," kata Ketua Komando Pusat AS, Jeneral Kenneth McKenzie.

Penerbangan terakhir pesawat C-17 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai seminit sebelum tengah malam waktu tempatan Kabul, kata McKenzie.

Penerbangan terakhir itu membawa tentera, komander dan Duta AS Ross Wilson.

Penerbangan terakhir itu dikawal ketat susulan dua serangan dalam tempoh dua minggu ketika operasi mengeluarkan rakyat dijalankan.

Satu serangan berani mati mengorbankan lebih 100 nyawa, termasuk 13 tentera AS.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 10:10 AM