GUNUNG Raung yang meletus. FOTO Agensi
GUNUNG Raung yang meletus. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Penduduk beberapa kampung di Banyuwangi dihujani abu Gunung Raung yang meletus semalam.

Gunung Raung terletak di sempadan Banyuwangi, Jember dan Daerah Bondowoso, Wilayah Timur Jawa.

Perkara itu disahkan Ketua Bahagian Kecemasan dan Logistik Pejabat Bencana Banyuwangi (BPBD), Eka Muharam yang berkata, kebanyakan penduduk mengalami sakit mata ketika berada di luar namun mereka diminta untuk bertenang.

"Berdasarkan maklumat diperoleh hasil kerjasama dengan pegawai Pasukan Keselamatan Gunung Berapi Raung (PPGA), abu itu masih dianggap selamat," katanya.

"Kami menggesa mereka yang terjejas menggunakan pelitup muka dan cermin mata ketika keluar rumah," katanya.

Portal berita antaranews.com melaporkan pegawai PPGA, Burhan Alethea mengeluarkan asap tebal sehingga mencapai ketinggian 1,000 meter di atas puncak kawah.

Gunung Raung setinggi 3,332 meter masih mengalami mikrotremor berterusan yang dirakam pada amplitud 3-20 MM (dominan 6 MM).

"Aktiviti gunung berapi kebiasaannya tidak meningkat. Hanya berbeza secara visual," katanya.

Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Mineral (ESDM) mengisytiharkan peningkatan status aktiviti gunung berapi Gunung Raung dari Tahap I (normal) ke Tahap II (amaran).

Lapangan Terbang Banyuwangi ditutup sementara pagi semalam berikutan terjejas akibat abu gunung berapi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Februari 2021 @ 10:09 AM