FOTO hiasan
FOTO hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar Kepulauan Talaud, Indonesia pada 8.23 malam tadi waktu Malaysia.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 143 kilometer timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 133 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 January 2021 @ 8:15 AM