Foto hiasan
Foto hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 km utara Pulau Talaud, Indonesia.

Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 Februari 2022 @ 3:21 PM