PELANCARAN roket Epsilon-6 dari Pusat Angkasa Uchinoura di wilayah selatan Jepun, Kagoshima. FOTO Jiji Press/ AFP/ Japan Out
PELANCARAN roket Epsilon-6 dari Pusat Angkasa Uchinoura di wilayah selatan Jepun, Kagoshima. FOTO Jiji Press/ AFP/ Japan Out
AP

Tokyo: Agensi angkasa lepas Jepun memaklumkan roket yang membawa lapan satelit gagal selepas dilancarkan pada Rabu.

Keadaan itu memaksa roket itu diprogram untuk binasa sendiri (self-destruct)

Kegagalan projek angkasa lepas ini adalah kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Sebaik berlepas, roket Epsilon-6 tidak berada dalam kedudukan yang betul untuk mengorbit mengelilingi bumi.

Keadaan itu menyebabkan penerbangan roket itu terpaksa dibatalkan kurang tujuh minit selepas berlepas dari Pusat Angkasa Uchinoura di wilayah selatan Jepun, Kagoshima menurut Presiden Agensi Penjelajahan Aeroangkasa Jepun (Jaxa), Hiroshi Yamakawa.

"Kami memohon maaf atas kegagalan pelepasan roket ini dan ia tidak berlaku seperti yang dirancang.

"Kami juga memohon maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam pembangunan satelit berkenaan," katanya.

Yamakawa juga memaklumkan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

Pegawai Jaxa berkata, pihaknya menghantar isyarat untuk memusnahkan kapal itu selepas didapati ia tidak terbang dalam keadaan selamat untuk mengorbit.

Kata agensi itu, serpihan roket itu meletup dan jatuh di kawasan laut di timur Filipina dan punca kejadian masih disiasat.

Roket Epsilon itu membawa lapan satelit termasuk dua buah yang dibangunkan sebuah syarikat swasta yang berpangkalan di Fukuoka,

Ini adalah kali pertama roket Epsilon membawa satelit yang dibangunkan secara komersial.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Oktober 2022 @ 12:42 PM