BERLAKU kenaikan tahap radiasi selepas sebuah enjin roket meletup di tapak ujian di wilayah Archangelsk kelmarin. FOTO Agensi
BERLAKU kenaikan tahap radiasi selepas sebuah enjin roket meletup di tapak ujian di wilayah Archangelsk kelmarin. FOTO Agensi
Reuters

MOSCOW: Agensi nuklear Russia, Rosatom berkata lima kakitangannya maut dalam kemalangan semasa melakukan ujian di tapak tentera di utara Rusia, lapor agensi berita RIA.

Kemalangan itu berlaku ketika ujian ke atas enjin roket, kata agensi itu memetik Rosatom.

Pihak berkuasa Russia sebelum ini berkata dua orang terbunuh dalam insiden itu manakala sebuah bandar berdekatan melaporkan, berlaku kenaikan tahap radiasi selepas sebuah enjin roket meletup di tapak ujian di wilayah Archangelsk kelmarin.

Pihak berkuasa berkata mereka terpaksa menghentikan sebarang aktiviti ke atas sebahagian daripada teluk di Laut Putih.

Penduduk setempat pula menambah jumlah simpnan iodin yang digunakan untuk mengurangkan kesan pendedahan radiasi selepas kemalangan itu, lapor media serantau.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 12:13 PM