ROKET Starship meletup selepas dilancarkan dari landasan di Boca Chica, Texas. FOTO  AFP.
ROKET Starship meletup selepas dilancarkan dari landasan di Boca Chica, Texas. FOTO AFP.
Agensi

Washington: Roket gergasi baharu SpaceX meletup beberapa minit selepas berlepas dari landasan dan terhempas di Teluk Mexico.

Syarikat milik Elon Musk itu menyasarkan untuk menghantar Starship untuk mengeliling dunia dari selatan Texas berhampiran sempadan Mexico. Ia bagaimanapun tidak membawa orang mahupun satelit.

Penggalak roket itu sepatutnya dipisahkan selepas berlepas tetapi keadaan itu tidak berlaku, menyebabkan ia mula jatuh dan meletup empat minit ketika penerbangan.

SpaceX berkata, "Starship mengalami pembukaan tidak berjadual yang cepat sebelum peringkat pemisahan."

Sepatutnya selepas berpisah, kapal angkasa itu terus ke timur dan cuba mengelilingi dunia, tetapi ia terhempas di Pasifik berhampiran Hawaii.

Orang ramai menyaksikan pelepasan kapal angkasa itu di Pulau Padre Selatan, beberapa batu jauhnya dari tapak pelancaran Pantai Boca Chica.

Syarikat itu merancang untuk menggunakan Starship bagi menghantar orang dan kargo ke bulan dan akhirnya Marikh.

Malah NASA sudah menempah Starship untuk perjalanan pasukan berikutnya ke bulan, selain pelancong mewah yang mahu ke angkasa.

Pelepasan itu adalah percubaan kedua selepas percubaan pertama pada Isnin dibatalkan kerana injap penggalak beku.

Walaupun gagal memenuhi sasaran misi penuh pelancaran, SpaceX mengisytiharnya satu kejayaan.

"Data ujian hari ini adalah berguna untuk melakukan pelancaran yang seterusnya," katanya kata SpaceX dalam satu catatan di Twitter.

Sebelum ini, Pengasas SpaceX Elon Musk memberi amaran sebelum pelancaran bahawa kemungkinan besar akan berlaku isu teknikal dan beliau cuba mengurangkan jangkaan bagi pelancaran ujian sulung itu.

"Ia adalah penerbangan yang sangat berisiko... pelancaran pertama roket gergasi yang sangat rumit. Terdapat sejuta cara roket ini boleh gagal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2023 @ 11:02 AM