KANAK-kanak Palestin menunggu bekalan makanan di kawasan khemah mereka. FOTO Reuters
KANAK-kanak Palestin menunggu bekalan makanan di kawasan khemah mereka. FOTO Reuters
Bernama-Anadolu

Toronto: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa memaklumkan tiada konvoi bantuan kemanusiaannya sampai di utara Semenanjung Gaza sejak 23 Januari.

"Rakan sekerja kami memberitahu tiada konvoi kemanusiaan kami yang sampai ke bahagian utara Semenanjung Gaza sejak 23 Januari.

"Seperti yang anda dengar semalam daripada pesuruhjaya UNRWA (Philippe Lazzarini), terdapat penurunan mendadak dalam jumlah penghantaran bantuan ke Semenanjung Gaza," kata jurucakap Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, Stephane Dujarric pada sidang media lapor Agensi Anadolu.

Sambil menekankan keperluan untuk lebih banyak pintu masuk dan laluan selamat ke Gaza, Dujarric berkata UNRWA mempunyai bekalan makanan di sempadan dengan Gaza yang mampu memenuhi keperluan sehingga 2.2 juta penduduk di seluruh Semenanjung Gaza.

"Hampir 1,000 trak yang membawa 15,000 tan metrik makanan berada di Mesir dan bersedia untuk bergerak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Februari 2024 @ 2:13 PM