LAURA McCulloch. FOTO Agensi
LAURA McCulloch. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Pelakon Australia, Laura McCulloch pada mulanya dilaporkan hilang selepas keluar untuk dating, bukan sahaja sudah ditemukan, malah sebenarnya ditahan polis.

Wanita berusia 37 tahun itu didakwa menggigit seorang pegawai polis ketika berada di sebuah restoran di Santa Monica, Jumaat lalu.

Tindakan itu dibuat selepas polis cuba menahan wanita itu yang dikatakan sebelum itu dalam keadaan mabuk dan terbabit dalam pertengkaran dengan seorang pengunjung restoran dan anaknya yang berusia dua tahun, kata Polis Santa Monica, Rudy Flores pada Selasa kepada Los Angeles Times.

McCulloch hadir di mahkamah pada Selasa dan didakwa dengan kesalahan jenayah, menurut rekod mahkamah dalam talian.

Dia dikenakan ikat jamin ditetapkan sebanyak AS $25,000 (kira-kira RM111,000).

Keluarga pelakon itu sebelum ini memuat naik di internet mengenai kehilangan pelakon itu dan menawarkan ganjaran kepada individu yang menemui wanita itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2022 @ 10:32 AM