GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kes harian baharu Covid-19 tiga angka terus dilaporkan sepanjang enam hari (17-22 Dis 2022) dengan jumlah kes susut kira-kira 18 peratus kepada 5,219 kes berbanding 6,433 untuk tempoh yang sama minggu lalu.

Hanya tiga kes kematian dan satu kes import dilaporkan daripada 858 kes harian baharu semalam.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 negara menurut data KKMNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setakat 11.59mlm 22 Dis 2022 adalah sebanyak 5,0121,242 kes.

Kes aktif menurun kepada 14,590 dan 93.8 peratus (13,685 kes) daripada jumlah itu menjalani kuarantin di rumah.

Untuk pecahan kes mengikut negeri, daripada 858 kes, Selangor mencatat 348 kes, diikuti WP Kuala Lumpur 107 kes.

Dua belas buah negeri melaporkan kes dua angka iaitu Melaka (69), Sarawak (58), Kedah (55), Pulau Pinang (47), Negeri Sembilan (35), Perak (32), Kelantan (26), Sabah (22), Johor (15), Terengganu (15), WP Putrajaya (13) dan Pahang (11).

Kes satu angka dilaporkan di Perlis (4) dan WP Labuan (1).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Disember 2022 @ 3:49 PM