RICHARD Donner. FOTO AFP
RICHARD Donner. FOTO AFP
AFP

Washington: Pengarah filem Superman,Richard Donner, 81, meninggal dunia, semalam.

Donner yang terkenal dengan pelbagai filem blokbuster seperti The Goonies, The Omen dengan filem pertamanya, Lethal Weapon pada 1987, diikuti Scrooged (1988) dan filem terakhirnya pada 2006, 16 Blocks.

Beliau juga mengarahkan episod rancangan televisyen abad ke-20 yang ikonik seperti Get Smart, Perry Mason, Gilligan Island dan The Twilight Zone, menurut IMDB, termasuk watak penting sebagai produser untuk filem blokbuster., 'X- Men' dan 'Free Willy'.

The Hollywood Reporter memetik, pembantu Donner mengesahkan kematian lelaki itu, manakala portal Deadline melaporkan punca kematian masih tidak diketahui dengan memetik isteri Donner, Lauren Schuler Donner.

Pengarah terkenal Steven Spielberg, yang juga penulis skrip The Goonies mengatakan lelaki itu mempunyai karakter yang kuat dalam setiap filem keluarannya.

"Berada di sekitarnya ibarat bergaul dengan jurulatih kegemaran anda, profesor paling pintar, pendorong paling hebat, kawan yang paling menawan, sekutu setia, dan - tentu saja - Goonie terhebat," kata Spielberg dalam kenyataan menerusi ciapan di Twitter oleh syarikat produksi Amblin.

Donner dilahirkan di Bronx dan dibesarkan di New York berkelulusan dari Universiti New York sebelum menyertai tentera Amerika Syarikat, menurut Hollywood Reporter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 9:49 AM