FOTO fail menunjukkan orang ramai hadir di Pusat Islam Barat Daya Ontario pada 12 Jun bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan orang ramai hadir di Pusat Islam Barat Daya Ontario pada 12 Jun bagi memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa. FOTO AFP
Agensi

Ottawa: Kanada menetapkan tuduhan keganasan terhadap seorang lelaki yang melanggar keluarga Muslim dengan pikap dalam serangan yang dikecam sebagai 'pengganas' oleh Perdana Menteri Justin Trudeau, kata pendakwa raya.

Empat anggota keluarga Afzaal termasuk isterinya, anak perempuan dan ibunya keluar berjalan-jalan di London, Ontario 6 Jun lalu ketika seorang pemandu trak merempuh mereka dengan sengaja, menurut pihak berkuasa.

AFP melaporkan, pendakwa mendedahkan dalam pendengaran bahawa mereka menambah tuduhan keganasan ke atas empat pertuduhan pembunuhan yang dirancang dan salah satu cubaan bunuh terhadap Nathaniel Veltman, 20.

"Peguam Negara persekutuan dan wilayah memberikan persetujuan untuk memulakan prosiding keganasan, dengan mendakwa pembunuhan dan percubaan bunuh itu juga adalah kegiatan pengganas," kata Polis Diraja Kanada (RCMP) dalam satu kenyataan.

Veltman, yang tidak mempunyai rekod jenayah dan tidak ada kaitan dengan kumpulan pelampau, memberitahu mahkamah melalui pautan video bahawa dia tidak mempunyai peguam dan belum mengemukakan permohonan.

Anak perempuan Afzaal yang berusia sembilan tahun terselamat, namun parah dalam serangan di kawasan kejiranan terletak kira-kira 200 kilometer di barat daya Toronto.

Di dalam ucapannya di Dewan Rakyat, Perdana Menteri Justin Trudeau berkata, pembunuhan ini bukan kebetulan dan ia adalah serangan pengganas.

Serangan itu mengundang perdebatan mengenai Islamofobia di Kanada dan meningkatkan kegusaran dalam komuniti Muslim.

Ia adalah serangan anti-Muslim paling menakutkan di Kanada sejak tembakan ke sebuah masjid di Quebec yang membunuh enam orang pada tahun 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Jun 2021 @ 10:29 AM