SOLAT jenazah yang diadakan buat keempat-empat mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. FOTO AFP
SOLAT jenazah yang diadakan buat keempat-empat mangsa yang terbunuh dalam kejadian itu. FOTO AFP
BERNAMA

Trenton: Ribuan hadir bagi memberi penghormatan terakhir buat empat sekeluarga Islam yang maut akibat dirempuh seorang pemandu trak setengah tan pada Ahad lalu.

Keluarga itu keluar bersiar-siar pada petang Ahad, berdiri di sebuah simpang untuk menyeberang jalan sebelum trak berkenaan merempuh mereka. Suspek berusia 20 tahun sedang ditahan.

Kejadian itu membunuh Salman Afzaal, 46; isterinya, Madiha, 44, anak perempuan mereka, Yumnah, 15, dan ibu Salman, Talat, 74.

Seorang anak mereka, Fayez Afzaal, 9 tahun yang terselamat kini berada dalam keadaan stabil.

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengecam insiden yang disifatkan sebagai 'serangan pengganas' dan didorong oleh kebencian.

Suspek yang memandu trak itu sudah didakwa atas empat pertuduhan membunuh dan satu cubaan membunuh.

Fayez yang terlantar di hospital sudah mengetahui bahawa bapa, ibu, kakak dan neneknya sudah meninggal dunia.

Ribuan berada di tepi jalan melihat perarakan sebelum proses pengebumian manakala ratusan berkumpul ketika majlis diadakan di Pusat Islam Ontario Barat Daya.

Empat keranda mereka ditutupi dengan bendera Kanada yang menurut Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Kanada ia membawa maksud seluruh rakyat Kanada bersama mereka.

Sementara itu, Datuk Bandar London, Ed Holder yang turut hadir mengatakan, "Ini sangat memilukan".

Orang ramai yang hadir diminta memakai riben berwarga ungu dan hijau kerana ungu adalah warga kegemaran Yumna manakala hijau selalu dikaitkan dengan Islam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Jun 2021 @ 1:42 PM