EMPAT suspek yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO AFP
EMPAT suspek yang ditahan dalam operasi berkenaan. FOTO AFP
AFP

Lima: Sekumpulan pengedar dadah di Peru dikejutkan dengan kedatangan tetamu tidak diundang iaitu ejen perisik yang menyamar sebagai 'Santa'.

'Santa' bersama 'rakannya' bukan hanya memecah pintu dan mengepung, malah turut merampas barangan di markas kumpulan pengedar itu, dalam satu kejadian pada Isnin.

Pegawai polis David Villanueva memberitahu TV Peru, ejen yang menyamar sebagai 'Santa' dan beberapa pembantu 'menceroboh' masuk kawasan kejiranan yang tidak selamat di sini iaitu Surquillo pada Sabtu,

"Ia adalah Hari Natal, 'Santa' di jalanan tidak menarik banyak perhatian, dan kami menggunakannya sebagai kelebihan untuk menjalankan operasi itu," kata Villanueva.

Kumpulan ejen perisik yang menyamar itu berjalan di jalanan sebelum berhenti di sebuah rumah.

Salah seorang pembantu 'Santa' mengeluarkan tukul besar, memecahkan pintu depan sebelum menceroboh ke dalam kediaman itu.

Ejen perisik itu kemudian menjerit kepada mereka supaya tidak bergerak dan berbaring di atas lantai.

"Suspek, tiga lelaki dan seorang wanita, pada mulanya menganggap ia gurauan," kata Villanueva.

Menurut polis, ejen perisik berjaya merampas 6,000 paket kecil kokain, 104 paket serbuk kokain dan 279 paket ganja.

Satu kilogram pes kokain dijual dengan harga kira-kira AS$ 380 (kira-kira RM1,685) di Peru dan sekilogram serbuk dadah itu bentuk paling tulen dijual pada harga kira-kira AS$ 1,000 (kira-kira RM4,435.

Menurut rekod, Peru adalah salah satu pengeluar kokain terbesar di dunia, bersama-sama dengan Colombia dan Bolivia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Disember 2022 @ 1:43 PM