Antara anggota polis yang terbabit dalam operasi ‘Marvel’. - FOTO Reuters
Antara anggota polis yang terbabit dalam operasi ‘Marvel’. - FOTO Reuters
Reuters

Lima: Sekumpulan anggota polis yang menyamar dengan mengenakan kostum adiwira berjaya menahan sekeluarga yang dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah.

Ejen, yang menyamar sebagai Spiderman, Captain America, Thor, dan Catwoman memasuki rumah keluarga yang didakwa pengedar dadah dengan memecahkan pintu rumah mereka dengan tukul.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan pakaian itu digunakan supaya kehadiran pegawai antidadah tidak disedari oleh penduduk.

Pegawai juga berpura-pura menjadi penghibur yang menghadiri pertunjukan di sekolah berhampiran.

Kolonel polis yang bertanggungjawab dalam operasi David Villanueva berkata, keluarga itu terbabit dalam pengkomersialan mikro dadah dan rompakan telefon bimbit.

"Di hartanah ini, seluruh keluarga terbabit dalam pengkomersialan mikro dadah. Ibu, bapa, dan anak-anak juga pergi menjual (dadah) di taman berhampiran, tetapi pada waktu mereka tidak menjual, mereka keluar ke jalan berhampiran dan mencuri telefon bimbit," katanya.

Empat individu telah ditahan dalam operasi yang dikenali sebagai 'Marvel'.

Peru adalah pengeluar daun koka dan kokain kedua terbesar selepas negara jiran Colombia.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 November 2022 @ 4:41 PM