Seorang lelaki Palestin memeriksa kerosakan di sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal, berikutan serangan Israel, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, 27 Jun 2024.
Seorang lelaki Palestin memeriksa kerosakan di sekolah yang melindungi orang yang kehilangan tempat tinggal, berikutan serangan Israel, di tengah-tengah konflik Israel-Hamas, di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza, 27 Jun 2024.
Reuters

Kaherah: Seorang lagi kanak-kanak meninggal dunia akibat kekurangan zat di utara Gaza semalam dan enam orang terbunuh serta beberapa cedera dalam serangan bom Israel di Gaza City, kata pegawai kesihatan Palestin pada Khamis.

"Kami digaris kesempitan, dan dikejar oleh kereta tangki dan pesawat menandakan peperangan ini belum berakhir," kata Mohammad Jamal, seorang penduduk Gaza City, kepada Reuters melalui aplikasi sembang.

Kematian seorang lagi kanak-kanak di Hospital Kamal Adwan pada Rabu menjadikan bilangan kanak-kanak yang meninggal dunia akibat kekurangan zat dan dehidrasi kepada sekurang-kurangnya 31, kata seorang pegawai kesihatan.

Katanya, peperangan menyebabkan bilangan sebenar mangsa yang berdepan kekurangan zat sukar dikenalpasti.

Israel menafikan tuduhan bahawa ia menyebabkan kelaparan, menyalahkan agensi bantuan atas masalah pengedaran dan menuduh Hamas melewatkan bantuan.

Bersama dengan kekurangan makanan yang menyebabkan kebanyakan daripada 2.3 juta penduduknya lapar, kekurangan air bersih dan sanitasi turut menyebarkan penyakit.

Seorang pegawai keselamatan Israel dan seorang pegawai Barat memberitahu Reuters pada Rabu bahawa Israel sedang bersedia untuk meningkatkan bekalan elektrik di loji nyahgaram supaya ia boleh menghasilkan lebih banyak air untuk Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Jun 2024 @ 6:20 PM