Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal melarikan diri dari timur al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza akibat pengeboman Israel ke atas bandar itu pada 5 Jun 2024. FOTO  Bashar TALEB /AFP
Penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal melarikan diri dari timur al-Bureij di tengah Semenanjung Gaza akibat pengeboman Israel ke atas bandar itu pada 5 Jun 2024. FOTO Bashar TALEB /AFP
Reuters

Geneva: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mengesahkan, 90 peratus kanak-kanak Gaza, Palestin kekurangan makanan diperlukan untuk pembesaran mereka.

Unicef berkata, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Gaza tidak mendapat nutrien mencukupi untuk memastikan pertumbuhan dan perkembangan sihat mereka.

"Di Semenanjung Gaza, berbulan-bulan permusuhan dan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan telah meruntuhkan sistem makanan dan kesihatan, mengakibatkan akibat bencana kepada kanak-kanak dan keluarga mereka.

"Lima set data yang dikumpul antara Disember 2023 hingga April 2024 mendapati, sembilan daripada 10 kanak-kanak di Semenanjung Gaza kekurangan makanan yang teruk.

"Ini bukti kesan mengerikan konflik dan sekatan terhadap keupayaan keluarga untuk memenuhi keperluan makanan kanak-kanak sekali gus meletakkan golongan ini berisiko mengalami kekurangan zat makanan yang mengancam nyawa," kata Unicef.

Unicef berkata, 27 peratus kanak-kanak di seluruh dunia hidup dalam kekurangan makanan yang teruk pada peringkat awal kanak-kanak di bawah umur lima tahun yang merangkumi 181 juta orang.

Bagaimanapun, Israel berkata, pihaknya tidak mengehadkan bekalan kemanusiaan untuk orang awam di Gaza sebaliknya mereka turut menyalahkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak cekap atas kelewatan penghantaran bantuan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2024 @ 12:08 PM