POLIS mengawal peserta demonstrasi di Palmdale, California. FOTO AFP
POLIS mengawal peserta demonstrasi di Palmdale, California. FOTO AFP
AFP

Washington: Ketua Polis di Atlanta, di Amerika Syarikat (AS) meletak jawatan selepas seorang pegawainya secara kejam menembak mati seorang lelaki kulit hitam ketika cuba menahan individu terbabit.

Datuk Bandar Lance Bottoms pada Sabtu berkata, insiden terbaharu itu susulan protes di seluruh negara terhadap keganasan polis berhubung kematian George Floyd ketika ditahan polis.

Beliau yang dijangka akan menjadi pencabar kepada calon Presiden AS Joe Biden berkata, Erika Shields sudah berkhidmat dengan jabatan polis di Atlanta selama lebih dua dekad.

"Memandangkan keinginannya supaya Atlanta menjadi model kepada perubahan kepada seluruh negara, Shields mengumumkan untuk meletak jawatan akibat kejadian itu," katanya menerusi televisyen.

Dalam pada itu, mangsa di Atlanta, Rayshard Brooks, 27, terbunuh pada malam Jumaat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Jun 2020 @ 12:33 PM