POLIS melakukan siasatan di salah satu lokasi kejadian. FOTO AFP
POLIS melakukan siasatan di salah satu lokasi kejadian. FOTO AFP
AFP

Washington: Sekurang-kurangnya tujuh individu terbunuh dalam kejadian tembakan tiga spa di Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu mempunyai kaitan antara satu sama lain.

Media tempatan melaporkan tiga terbunuh di Young's Asian Massage di Acworth di pinggir Atlanta yang juga ibu negeri Georgia .

Tiga individu lagi ditemukan meninggal dunia di Gold Massage Spa di Atlanta, manakala seorang lagi mangsa terbunuh di Aroma Therapy Spa yang terletak bertentangan dengan premis kedua itu.

Polis berkata, empat mangsa di Atlanta adalah wanita dan dipercayai berketurunan Asia.

Bagaimanapun, motif kejadian masih belum diketahui.

CNN berkata, polis kini giat memburu suspek yang imejnya dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup dan meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 10:05 AM