PUTERA Charles. FOTO Reuters
PUTERA Charles. FOTO Reuters
Agensi

London: Putera Charles, anak sulung kepada Ratu Elizabeth II disahkan positif Covid-19.

Jurucakap rasmi berkata, Charles yang berusia 71 tahun itu menunjukkan simptom ringan dan berada dalam keadaan baik.

Menurut Reuters, Ratu Elizabeth dikatakan kali terakhir berjumpa Charles pada 12 Mac lalu.

BBC melaporkan, isteri Charles, Camilla, 72, turut menjalani ujian saringan namun keputusannya negatif.

Kenyataan rasmi melaporkan, kedua-dua kerabat itu kini menjalani kuarantin rumah di Scotland.

“Bagaimanapun, setakat ini belum dapat dipastikan dari mana Charles mendapat jangkitan berkenaan kerana pernah menghadiri banyak acara rasmi sebelum ini,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 Mac 2020 @ 7:17 PM