PUTERI Eugenie  akan berkahwin dengan Jack Brooksbank, 32, di kediaman monarki itu di barat London. FOTO/AFP
PUTERI Eugenie akan berkahwin dengan Jack Brooksbank, 32, di kediaman monarki itu di barat London. FOTO/AFP
Reuters

WINDSOR: Puteri Eugenie, cucu Ratu Elizabeth bakal disatukan hari ini dalam majlis perkahwinan diraja Britain kedua terbesar tahun ini di Istana Windsor, mengikuti jejak langkah sepupunya, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle.

Eugenie, 28, anak bongsu Putera Andrew, iaitu ketiga baginda ratu dan bekas isterinya Sarah Ferguson, Duchess of York, akan berkahwin dengan Jack Brooksbank, 32, di kediaman monarki itu di barat London.

Istana Windsor juga menjadi tempat di mana majlis perkahwinan Harry dan Meghan berlangsung Mei lalu, dengan Eugenie, pewaris kesembilan takhta banyak mengambil contoh sepupunya untuk majlis berkenaan.

Upacara perkahwinan itu akan berlangsung di Gereja St George kurun ke-15 istana berkenaan, diketuai Paderi Windsor David Conner. Tetamu dan 1,200 orang awam dijemput ke tapak majlis untuk meraikan pengantin.

Bagaimanapun, isteri pewaris takhta Putera Charles, Camilla, Duchess of Cornwall tidak akan hadir kerana mempunyai tugas di Scotland.

Selepas upacara rasmi, pasangan itu akan menaiki kereta kuda di sekitar Windsor, perjalanan pendek berbanding Harry dan Meghan, Duke dan Duchess of Sussex.

Ratu kemudian menganjurkan resepsi untuk pasangan dan tetamu di Istana. Eugenie, pengarah di galeri seni Hauser & Wirth London dan Brooksbank, Pengurus Jenama Eropah untuk Casamigos Tequila, diasaskan bersama aktor Amerika Syarikat George Clooney, bertemu di sebuah pusat peranginan ski Switzerland di Verbier pada 2010.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Oktober 2018 @ 11:42 AM