PRICE (kanan) bermurah hati menetapkan kadar gaji lumayan untuk  120 kakitangannya selepas mendengar rintihan rakannya yang berdepan dengan kesusahan hidup. FOTO Agensi
PRICE (kanan) bermurah hati menetapkan kadar gaji lumayan untuk 120 kakitangannya selepas mendengar rintihan rakannya yang berdepan dengan kesusahan hidup. FOTO Agensi
Agensi

WASHINGTON: Seorang jutawan, Dan Price, 31, menetapkan gaji minimum AS$70,000 (RM294,945) sebulan kepada 120 kakitangannya selepas mendengar rintihan rakannya yang berdepan kesusahan hidup.

BBC melaporkan mengambil pengalaman itu, Price membuka syarikat pembayaran kad di Seattle yang dinamakan Gravity Payments dan kini bergelar jutawan.

Price mengambil idea daripada pengalaman rakannya, Valerie yang menceritakan hidupnya kacau bilau selepas tuan rumah menaikkan sewa bulanan sehingga AS$200 (RM842) sebulan dan berusaha membayar bilnya.

Pengalaman Valerie menyebabkan Price marah berikutan wanita itu pernah berkhidmat selama 11 tahun dalam tentera termasuk ke Iraq, bekerja 50 jam seminggu dan melakukan dua pekerjaan untuk memenuhi keperluan hidup.

“Dia adalah orang yang bagus dalam perkhidmatan, jujur dan bekerja keras, tetapi perlu menjalani kehidupan susah,” katanya.

Walaupun wanita itu mempunyai jumlah pendapatan AS$40,000 (RM168,540) setahun tetapi dia tidak mampu membeli rumah menyebabkan Price marah dengan keadaan itu.

Price menjadi jutawan dan membuka syarikat sendiri sejak remaja dan kini mempunyai 2,000 pelanggan serta aset jutaan ringgit.

Walaupun pendapatannya AS$1.1 juta setahun, Valerie mengingatkannya ramai kakitangannya bergelut dengan kehidupan yang sukar menyebabkan Price menetapkan gaji minimum AS$70,000.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 7:50 AM