BEANY obses dengan kacang panggang jenama Hienz. FOTO Agensi
BEANY obses dengan kacang panggang jenama Hienz. FOTO Agensi
Agensi

Cardiff: Seorang lelaki di selatan Wales menjadi terkenal kerana obses terhadap kacang panggang jenama Heinz.

Barry Kirk, 67, yang kini dikenali sebagai Captain Beany menghabiskan 10,000 pound sterling (kira-kira RM57,000) untuk menghiasi rumahnya dengan konsep kacang panggang jenama itu.

Lelaki itu mengecat seluruh dinding rumahnya dengan warna oren termasuk mencipta pokok krismas bertemakan jenama terbabit.

Dia juga turut mempamerkan keranda menggunakan tema sama dengan tertera perkataan 'Semoga tenang di sana Captain Beany'.

Captain Beany juga kini menjadi selebriti tempatan di Port Talbot.

Bagaimanapun, lelaki mendakwa hanya makan kacang panggang empat kali seminggu.

Bercakap kepada LADbible, Captain Beany mendedahkan tindakannya tampil dengan identiti baharu kerana mahu mengumpul dana.

Dia juga baru saja melengkapkan Maraton London untuk mendapatkan dana untuk Young Lives Vs Cancer dan menyokong aktiviti kebajikan lain.

Beliau berkata, tujuan utamanya adalah mewujudkan kebahagiaan terhadap keluarga yang 'dipenuhi dengan kekacang'.

Keranda kacang panggang yang dipamerkan itu dianggap sebagai 'kapsul masa hadapan' untuk dibawa ke angkasa lepas oleh mana-mana jutawan.

Dia yang masih bujang kini sedang mencari calon isteri yang akan disapa dengan gelaran 'Tina Beans'.

Dia juga berhasrat untuk tampil dalam rancangan Married At First Sight untuk mencari pasangan hidup.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Oktober 2021 @ 6:30 AM