BRANSON menyampaikan mesej ketika di dalam pesawat kapal angkasa VSS Unity. FOTO EPA
BRANSON menyampaikan mesej ketika di dalam pesawat kapal angkasa VSS Unity. FOTO EPA
AFP

New Mexico: Impian jutawan Britain, Richard Branson untuk menjelajah angkasa lepas menjadi realiti dan dianggap pengalaman seumur hidup.

Lelaki berusia 70 tahun itu juga berharap penjelajahan itu akan dijadikan pelancongan angkasa lepas yang berbaloi.

"Saya mengimpikan detik ini sejak kecil tetapi sejujurnya bukan mudah untuk mempersiapkan diri untuk melihat bumi dari angkasa," katanya ketika majlis pasca penerbangan dengan Branson dan anak kapal menerima sayap angkasawan.

PEMANDANGAN ketika penerbangan kapal angkasa VSS Unity. FOTO EPA
PEMANDANGAN ketika penerbangan kapal angkasa VSS Unity. FOTO EPA

Branson bersama tiga penumpang dan dua juruterbang melepasi ruang udara dengan ketinggian 86 kilometer dan mengalami bergerak tanpa graviti selama beberapa minit di atas kapal angkasa VSS Unity.

"Tahniah buat ahli pasukan yang hebat di Virgin Galactic untuk pencapaian dan kerja keras selama 17 tahun ini," katanya ketika siaran langsung kapal angkasa VSS Unity.

BRANSON menunjukkan foto pelawak, Stephen Colbert yang dibawa ketika misi itu. FOTO AFP
BRANSON menunjukkan foto pelawak, Stephen Colbert yang dibawa ketika misi itu. FOTO AFP

Misi berprofil tinggi itu dilancarkan dari tapak operasi Virgin Galactic di Spaceport Amerika, New Mexico.

Sebelum ini, beberapa pelancong sudah merasai pengalaman menjelajah angkasa lepas menerusi Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa pada 2000, namun menggunakan roket Rusia.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Julai 2021 @ 10:54 AM