ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan di pusat beli-belah di Beijing. FOTO AFP
ORANG awam memakai penutup mulut dan hidung ketika berjalan di pusat beli-belah di Beijing. FOTO AFP
Agensi

WUHAN: Angka kematian di China akibat wabak koronavirus baharu meningkat kepada 131 pagi ini.

AFP melaporkan pihak berkuasa wilayah tengah Hubei mengesahkan 25 kematian terbaharu.

Selain itu, 840 kes baharu dilaporkan menjadikan lebih 5,300 kes jangkitan akibat wabak berkenaan.

Sementara itu menurut laporan AP, Sri Lanka mengesahkan kes pertama berlaku di negara terbabit.

"Ia membabitkan seorang pelancong wanita warga China yang tiba di Colombo pada 19 Januari lalu," kata Ketua Epidemiologi Kementerian Kesihatan Sri Lanka.

Selain itu, Perancis melaporkan kes keempat jangkitan wabak itu membabitkan warga China berusia 80 tahun.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 January 2020 @ 9:10 AM