GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Ruters

KAHERAH: Pihak keselamatan Mesir membunuh 83 suspek militan dalam beberapa operasi di tengah dan utara Sinai dalam tempoh sejak sebulan lalu, kata tentera hari ini.

Reuters yang memetik tentera bagaimanapun tidak menamakan kumpulan militan terbabit selain menahan 61 suspek penjenayah.

Mereka turut menemui dan meletupkan peranti letupan sepanjang tempoh itu yang bermula 28 September lalu.

Katanya, operasi itu menyebabkan seorang pegawai dan dua anggota sama ada maut atau cedera.

Pasukan tentera itu berkata, beratus militan terbunuh sejak ia melancarkan kempen besar-besaran pada Februari tahun lalu untuk menewaskan Daish atau kumpulan yang berkaitan di Semenanjung Sinai yang bersempadan dengan Israel dan Gaza.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 November 2019 @ 7:44 PM