Kaherah: Mesir melaksanakan hukuman mati ke atas enam anggota kumpulan militan Sinai yang ada hubungan dengan Negara Islam (IS) kerana menyerang tentera berhampiran bandar raya ini pada 2014.

Kumpulan Wilayah Sinai berkenaan membunuh ratusan anggota polis dan askar sejak tentera menggulingkan kerajaan Presiden Mohamed Mursi pada 2013.

Kes itu adalah yang pertama membabitkan anggota Wilayah Sinai yang sebelum ini berikrar taat setia kepada IS, kumpulan yang menawan sebahagian besar Iraq dan Syria.

Kumpulan Wilayah Sinai itu dulunya menamakan diri mereka Ansar Bayt al-Maqdis.

Keenam-enam lelaki yang dihukum gantung semalam didapati bersalah atas tuduhan melakukan serangan yang menyebabkan dua pegawai tentera terbunuh. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2015 @ 5:06 AM