Waris mangsa tebusan oleh Hamas pada sidang akhbar meminta bantuan daripada pihak berkuasa Perancis untuk mendapatkan pembebasan ahli keluarga mereka di Paris, Perancis. FOTO REUTERS
Waris mangsa tebusan oleh Hamas pada sidang akhbar meminta bantuan daripada pihak berkuasa Perancis untuk mendapatkan pembebasan ahli keluarga mereka di Paris, Perancis. FOTO REUTERS
Reuters

Kaherah: Sayap bersenjata pergerakan Hamas memberitahu pengantara bahawa mereka akan membebaskan beberapa tawanan asing dalam beberapa hari akan datang.

Jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaida berkata demikian dalam video di akaun Telegramnya pada Selasa.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan butiran lanjut mengenai jumlah tawanan atau kewarganegaraan mereka.

Beliau juga berkata kumpulannya bertempur dengan tentera Israel di tiga bahagian dan mampu "membunuh dan mencederakan sebilangan askar Israel" serta memusnahkan 22 kenderaan tentera.

Tentera laut unit itu juga menggunakan peluru berpandu bawah air yang dipanggil 'Aasif' buat kali pertama dalam konflik itu, kata Abu Ubaida.

Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan itu.

Pasukan Pertahanan Israel berkata ia tidak mengetahui laporan mengenai serangan oleh Hamas.

Abu Ubaida juga menafikan bahawa seorang tebusan yang dibebaskan oleh Israel berada di tangan Hamas, mengatakan sejumlah tawanan ditahan oleh kumpulan dan individu lain di Semenanjung Gaza.

Kenyataan itu merujuk kepada Ori Megidish, seorang askar Israel yang dikatakan tentera pada hari Isnin dibebaskandi Semenanjung Gaza semasa operasi darat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 November 2023 @ 2:27 PM