MAURICE Robinson dijangka dihadapkan ke mahkamah esok, kata polis Essex. FOTO: AFP
MAURICE Robinson dijangka dihadapkan ke mahkamah esok, kata polis Essex. FOTO: AFP
AFP

LONDON: Pemandu lori kontena sejuk beku lokasi 39 pendatang ditemui mati kesejukan pada minggu lalu didakwa atas tuduhan membunuh dan penyeludupan manusia.

Maurice Robinson, 25 dari Ireland Utara berdepan 39 tuduhan membunuh, konspirasi penyeludupan manusia, konspirasi membantu kesalahan imigresen dan pengubahan wang haram.

Robinson ditahan selepas semua mayat berkenaan ditemui dalam lori kontena di Purfleet, Sungai Thames selepas tiba dengan feri dari Pelabuhan Zeebrugge, Belgium awal Rabu lalu.

Dia dijangka dihadapkan ke mahkamah esok, kata polis Essex.

Polis turut menahan tiga lagi suspek atas tuduhan konspirasi membunuh dan penyeludupan manusia.

Mereka seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 38 tahun dari Warrington, barat laut England.

Wanita terbabit dipercayai adalah pemilik sah trak itu.

Seorang lelaki berusia 48 tahun dari Ireland Utara turut ditahan.

Sabtu lalu, polis Ireland mengumumkan satu lagi penahanan di pelabuhan Dublin, membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 20an dari Ireland Utara.

Berita berkaitan:

'Saya minta maaf ibu'

2 ditahan susulan 39 mayat warga China

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 Oktober 2019 @ 10:47 AM