AFP

WASHINGTON: Pentagon mengesahkan meluluskan penambahan 3,000 anggota tentera, jet pejuang dan senjata ke Arab Saudi bagi meningkatkan pertahanan negara itu.

Langkah itu susulan serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi yang didakwa dilakukan Iran.

Pentagon dalam satu kenyataan berkata, Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper sudah menyampaikan perkara itu kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman pagi semalam.

Menurut Pentagon, penambahan seramai 3,000 anggota tentera bagi menjamin dan meningkatkan pertahanan Arab Saudi.

Kenyataan itu turut menyatakan penambahan bermula sejak bulan lalu.

Esper dalam kenyataan berasingan kepada wartawan berkata Putera Salman meminta sokongan tambahan daripada Amerika Syarikat.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Oktober 2019 @ 1:38 AM