Brooks (kiri) dan Stigler Jr (kanan) yang terbunuh dalam ‘insiden yang tidak sepatutnya berlaku’ di utara Iraq.
Brooks (kiri) dan Stigler Jr (kanan) yang terbunuh dalam ‘insiden yang tidak sepatutnya berlaku’ di utara Iraq.
Agensi

PENTAGON mengesahkan dua tentera Amerika Syarikat (AS) yang terbunuh dalam pertempuran di utara Iraq bukan angkara Daish.

Menurut jurucakap Pentagon, sebaliknya mereka maut akibat ‘kemalangan yang tidak disengajakan’ dalam kejadian kelmarin.

Pelancar roket pasukan militan syiah dikenali sebagai Briged Imam Ali akan terus memerangi Daish. FOTO Agensi/Khider Abbas
Pelancar roket pasukan militan syiah dikenali sebagai Briged Imam Ali akan terus memerangi Daish. FOTO Agensi/Khider Abbas

Dalam kejadian berkenaan lima anggota tentera AS turut cedera.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, mereka yang terbunuh ialah Sarjan Allen Stigler Jr, 22, dari Arlington, Texas, dan Sarjan Roshain E Brooks, 30, dari Brooklyn, New York.

Kedua-dua mereka dari pasukan elit 82 Divisyen Para.

Tentera darat AS masih menyiasat insiden berkenaan.

“Seksyen artileri sedang membalas serangan mortar Daish sebelum ‘kemalangan’ berkenaan terjadi mengakibatkan tujuh anggota tentera cedera,” menurut jurucakap Pentagon Kolonel Robert Manning.

Bagaimanapun Pentagon enggan mengulas lanjut mengenai kejadian terbabit dan tidak jelas apakah yang dimaksudkan ‘kemalangan yang tidak disengajakan’ itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Ogos 2017 @ 8:49 AM