Washington: Kumpulan Negara (Islam) IS kehilangan 25 hingga 30 peratus wilayah yang dikuasainya selepas serangan udara yang diketuai Amerika Syarikat dan operasi yang dilancarkan tentera Iraq.

Kumpulan radikal itu sebelum ini menguasai sebahagian besar wilayah utara dan barat Iraq.

Pentagon mendakwa, berikutan kempen serangan udara selama beberapa bulan oleh pakatan yang diketuai Amerika Syarikat dan operasi darat oleh tentera Iraq, cengkaman IS di wilayah negara itu semakin berkurangan.

“IS kini diundurkan sedikit demi sedikit. Serangan tentera Iraq dan serangan udara yang diketuai kami berjaya menjejaskan kekuatan IS,” kata jurucakap Pentagon Colonel Steve Warren.

Wilayah yang terlepas daripada penguasaan kumpulan itu ialah 13,000 hingga 17,000 kilometer

Tentera Iraq kini merancang melancarkan kedudukan IS di Mosul selepas menawan semula Tikrit dalam operasi bulan lalu.

Menurut data Pentagon, 3,244 serangan udara dilancarkan terhadap kedudukan IS - 1,879 di Iraq dan 1,365 di Syria - sejak Ogos lalu.

Kira-kira 80 peratus serangan itu dilakukan Amerika Syarikat.

Di Syria, IS mengekalkan kekuatannya di darat. Walaupun baru-baru ini tumpas di Kobane, ia berjaya menguasai Homs dan kawasan sekitar Damsyik serta kem pelarian Palestin di Yarmouk. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 April 2015 @ 9:31 AM