DORIAN diklasifikasikan sebagai taufan kategori lima iaitu ukuran tertinggi skala angin.
DORIAN diklasifikasikan sebagai taufan kategori lima iaitu ukuran tertinggi skala angin.
AFP

MARSH HARBOUR: Jumlah kematian akibat Taufan Dorian di Bahamas kini meningkat kepada 43 orang.

Media tempatan melaporkan jumlah itu dijangka terus meningkat.

Jurucakap perdana menteri, Erica Wells Cox memberitahu NBC News, ramai mangsa dilaporkan masih hilang.

Dorian yang melanda utara Bahamas, Ahad lalu diklasifikasikan sebagai taufan kategori lima iaitu ukuran tertinggi skala angin.

Menurut pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih 70,000 penduduk di pulau Grand Bahama dan Abaco memerlukan bantuan selepas ribut itu memusnahkan rumah dan tanaman.

Ratusan dan mungkin ribuan orang masih hilang, menyebabkan pihak berkuasa bimbang jumlah keseluruhan mangsa maut terlampau tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 September 2019 @ 3:08 PM