KEADAAN jalan raya utama ke kem yang terbakar.
KEADAAN jalan raya utama ke kem yang terbakar.
AFP

TEKNAF: Polis Bangladesh menembak mati dua pelarian Rohingya yang dituduh membunuh seorang anggota parti pemerintah dalam kejadian tembak menembak, hari ini.

Aktivis yang enggan dikenali mempercayai pertempuran itu adalah palsu dan dua lelaki terbabit meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Kejadian itu berlaku dua hari selepas percubaan kedua menghantar pelarian Rohingya pulang ke Rakhine gagal.

Inspektor polis Rasel Ahmad dalam kenyataan kepada AFP berkata kejadian berlaku di kem Jadimura di Cox’s Bazar.

Ahmad berkata, dua lelaki terbabit ditembak ketika polis memburu suspek pembunuh ahli politik Parti Awami League, Omar Faruk yang maut ditembak di Teknaf, Khamis lalu.

Pembunuhan Omar mencetuskan kemarahan penduduk dan ratusan orang bertindak menghalang jalan raya utama ke kem, membakar tayar dan merosakkan kedai yang dikunjungi pelarian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Ogos 2019 @ 10:11 PM