ORANG awam membawa botol plastik yang boleh ditukarkan kepada tiket bas Suroboyo di terminal bas Surabaya, Indonesia. FOTO AFP
ORANG awam membawa botol plastik yang boleh ditukarkan kepada tiket bas Suroboyo di terminal bas Surabaya, Indonesia. FOTO AFP
AFP

JAKARTA: Puluhan orang memegang beg penuh dengan botol plastik dan cawan pakai buang di terminal bas tersibuk di Surabaya, Indonesia, yang boleh ditukarkan kepada tiket perjalanan.

Negara dengan pencemaran laut kedua terbesar di dunia itu, berjanji mengurangkan sisa plastik di perairannya sebanyak 70 peratus menjelang 2025 menerusi peningkatan kitar semula, kesedaran awam, dan membendung penggunaan plastik.

Skim Surabaya itu terkenal di bandaraya seramai 2.9 juta penduduk, dan hampir 16,000 tong sampah penumpang ditukar untuk perjalanan percuma setiap minggu, menurut pihak berkuasa.

Menaiki bas selama berjam tanpa henti memerlukan air minuman tiga botol besar, lima botol sederhana atau 10 cawan plastik. Tetapi ia mesti dibersihkan.

Pegawai pengangkutan Surabaya, Franki Yuanus, berkata program itu bertujuan bukan sahaja untuk mengurangkan sampah tetapi menangani kesesakan lalu lintas dengan menggalakkan orang ramai beralih ke transit awam.

Pada masa ini, program ini dijalankan di 20 lokasi, masing-masing dengan tong sampah kitar semula dan pegawai tiket ditempatkan juga untuk mengumpulkan botol yang ditinggalkan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Ogos 2019 @ 4:30 PM