FOTO hiasan
FOTO hiasan
AFP

RIO DE JANEIRO: Pergaduhan antara dua geng di sebuah penjara di utara Brazil semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 52 banduan terbunuh, kata pegawai.

Pegawai di jabatan penjara di negeri Para berkata, seramai 16 banduan yang terbunuh itu ditemui dalam keadaan kepala dipenggal.

Katanya, pergaduhan itu berlanjutan selama beberapa jam sebelum pihak berkuasa berjaya mengawal keadaan pada tengah malam semalam.

Pergaduhan dan rusuhan sering berlaku di penjara di Brazil akibat jumlah banduan yang terlalu ramai serta tidak diurus dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 Julai 2019 @ 12:46 AM