Presiden Brazil Lula da Silva keika menyampaikan ucapan ketika pelancaran sebuah acara di Rio de Janeiro, Brazil pada 23 Februari 2024. FOTO AFP
Presiden Brazil Lula da Silva keika menyampaikan ucapan ketika pelancaran sebuah acara di Rio de Janeiro, Brazil pada 23 Februari 2024. FOTO AFP
Bernama-Wafa

Rio De Janeiro: Presiden Brazil Lula da Silva sekali lagi menegaskan bahawa Israel melakukan "genosid" terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Bercakap pada satu acara di Rio de Janeiro semalam, Presiden da Silva berkata: "Apa yang Israel lakukan bukanlah peperangan tetapi genosid kerana mereka membunuh wanita dan kanak-kanak."

"Beribu-ribu kanak-kanak terbunuh, ribuan lagi hilang. Bukan tentera yang terbunuh, tetapi wanita dan kanak-kanak. Jika ini bukan dikatakan genosid, saya tidak tahu apa maksud sebenar genosid."

Awal bulan ini, da Silva menyifatkan apa yang dilakukan rejim itu di Gaza sama seperti Holocaust Nazi semasa Perang Dunia II.

Bercakap kepada media di luar sidang kemuncak Kesatuan Afrika di Addis Ababa pada 18 Februari, beliau berkata apa yang berlaku di Gaza bukanlah peperangan tetapi genosid.

Beliau menyifatkan apa yang terjadi itu tidak pernah berlaku dalam sejarah.

Berikutan kenyataan itu, Brazil memanggil pulang dutanya ke Tel Aviv pada hari berikutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Februari 2024 @ 7:17 PM