KETIKA dalam perjalanan, seorang penumpang cuba merampas kawalan stereng mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan. GAMBAR hiasan
KETIKA dalam perjalanan, seorang penumpang cuba merampas kawalan stereng mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan. GAMBAR hiasan
AFP

JAKARTA: 12 orang terbunuh manakala berpuluh lagi cedera selepas satu pergaduhan di antara penumpang dan pemandu bas, menyebabkan bas itu gagal dikawal sehingga terbabit dalam kemalangan, kata polis.

Kemalangan berlaku pada jam satu pagi tadi (waktu tempatan) apabila koc berkenaan terbabas dan masuk ke jalan bertentangan di Jawa Barat, sebelum merempuh dua kereta dan menyebabkan sebuah trak terbalik.

Ketua unit Polis Trafik Majalengka, Atik Suswanti memberitahu AFP, ketika dalam perjalanan, seorang penumpang cuba merampas kawalan stereng mengakibatkan bas berkenaan hilang kawalan.

“Penumpang berusia 29 tahun itu cedera parah, tetapi nasib pemandu bas masih tidak diketahui,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Jun 2019 @ 6:08 PM