KEADAAN bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 17.3 Jalan Genting-Kuala Lumpur,  dekat Bentong, malam tadi. Penumpang menerima rawatan awal di dalam ambulans (gambar kecil). FOTO Ihsan JBPM
KEADAAN bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 17.3 Jalan Genting-Kuala Lumpur, dekat Bentong, malam tadi. Penumpang menerima rawatan awal di dalam ambulans (gambar kecil). FOTO Ihsan JBPM
Teoh Pei Ying dan Nurul Hidayah Bahaudin


SERAMAI 23 individu cedera ringan apabila bas persiaran dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Kilometer 17.3 Jalan Genting-Kuala Lumpur menghala ke ibu kota berhampiran Bentong, hari ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, kira-kira 18 penumpang bas persiaran termasuk seorang pemandu serta lima individu menaiki Honda Accord yang cedera dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 7.24 malam tadi.

“Seramai 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Penumpang bas terdiri 16 warga China dan dua warga tempatan termasuk pemandu bas serta pemandu pelancong, manakala lima individu menaiki kereta adalah warga tempatan,” katanya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila bas persiaran merempuh kereta terbabit sebelum melanggar pembahagi jalan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 April 2018 @ 9:27 PM