BUAH catur berusia 900 tahun antara artifak terbaik pada zaman Viking. FOTO Agensi
BUAH catur berusia 900 tahun antara artifak terbaik pada zaman Viking. FOTO Agensi
Agensi

Edinburgh: Sebuah keluarga tidak menyedari sebuah catur yang diwarisi adalah artifak Viking berusia 900 tahun yang bernilai RM5.27 juta.

Catur setinggi 8.8 sentimeter yang diperbuat daripada taring singa laut itu dibeli seorang peniaga antik dengan harga lima pound (RM26) pada 1964.

Menurut ABC, lelaki terbabit tidak mengetahui buah catur itu adalah Lewis Chessman, antara artifak terbaik dari zaman Viking dan menyimpannya dalam laci selama 55 tahun.

Pakar ukiran Eropah, Alexander Kader berkata dia teruja apabila keluarga itu membawa buah catur terbabit kepadanya untuk dinilai.

Buah catur yang dikenali sebagai pengawal Lewis dijangka dijual pada harga antara 600,000 pound (RM3.16 juta) dan satu juta pound (RM5.27 juta) pada majlis lelongan bulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 Jun 2019 @ 6:00 PM