KEPADATAN pendaki di Gunung Everest.
KEPADATAN pendaki di Gunung Everest.
AFP

NEW DELHI : Seorang pendaki warga Amerika Syarikat (AS) maut ketika turun dari Gunung Everest yang menjadikan bilangan kematian setakat ini seramai 11 orang.

AFP melaporkan, Christopher John Kulish, 61, sebelum itu berada pada ketinggian 8,848 meter dan selamat tiba di kem terletak berhampiran puncak gunung petang semalam.

“Menurut penganjur ekspedisinya, dia secara tiba-tiba mengalami masalah jantung dan meninggal dunia,” kata jurucakap Jabatan Pelancongan Nepal, Mira Acharya.

Nepal mengeluarkan jumlah permit paling tinggi yang direkodkan untuk pendaki yang ingin menawan gunung terbabit apabila seramai 381 dibenarkan mendakinya.

Bagaimanapun, tempoh singkat cuaca baik menyebabkan ada kumpulan terpaksa menunggu beberapa jam di kawasan yang boleh membawa maut akibat kekurangan bekalan oksigen dan kepenatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Mei 2019 @ 3:28 PM