OMAR al-Bashir
OMAR al-Bashir
AFP

RIYADH: Arab Saudi hari ini, mengumumkan ia mendeposit AS$250 juta (RM1.4 bilion) ke dalam bank pusat Sudan sebagai pakej bantuan kepada negara itu selepas Omar al-Bashir digulingkan.

April lalu, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan bantuan kewangan AS$3 bilion (RM12.5 bilion) kepada Sudan.

“Sebanyak AS$500 juta (RM2.0 bilion) sudah disediakan kedua-dua negara untuk memperkukuh kewangan Sudan,” kata kenyataan Kementerian Kewangan Arab Saudi, hari ini.

Sudan penting bagi kepentingan wilayah kepada Arab Saudi dan sekutunya, kerana negara itu menyebelahi Riyadh menentang Shiah Iran dan membekalkan tentera kepada pakatan tentera diketuai Arab Saudi di Yaman.

Kedua-dua negara menyokong pemerintahan tentera di Sudan yang menghadapi desakan rakyatnya supaya kuasa diserahkan kepada kerajaan awam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mei 2019 @ 11:52 PM