BERAPA rumah dan bangunan perniagaan turut rosak. FOTO Agensi
BERAPA rumah dan bangunan perniagaan turut rosak. FOTO Agensi
AFP

PANAMA CITY: Sekurang-kurangnya lima orang cedera apabila gempa bumi 6.1 magnitud melanda Panama semalam menyebabkan rumah dan bangunan perniagaan rosak, kata pegawai.

Penyelidik Geologi Amerika Syarikat memberitahu, gempa bumi kuat itu dikesan pada kedalaman 37 kilometer di barat jauh negara itu berhampiran sempadan Costa Rica.

Sistem Perlindungan Awam Kebangsaan berkata, lima orang cedera dan empat rumah rosak dalam gempa bumi yang melanda kira-kira 22 kilometer dari bandar Puerto Armuelles.

Terdahulu Presiden Juan Carlos Varela berkata di Twitter, hanya seorang penduduk cedera di Puerto Armuelles.

Dia memberitahu, beberapa rumah dan bangunan perniagaan turut rosak.

Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pasifik tidak mengeluarkan amaran tsunami.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mei 2019 @ 10:34 AM