Polis dan anggota penyelamat menggeledah bangunan yang runtuh di Chiapas. - Foto Daily Mail
Polis dan anggota penyelamat menggeledah bangunan yang runtuh di Chiapas. - Foto Daily Mail
Agensi

SEKURANG-KURANGNYA lima terbunuh, termasuk dua kanak-kanak akibat gempa bumi sekuat 8.4 magnitud yang melanda selatan Mexico hari ini, serta menyebabkan tsunami ..

Gempa bumi pada 11.50 malam waktu tempatan (10.50 pagi waktu Malaysia) itu melanda pesisir Lautan Pasifik kira-kira 120 kilometer dari bandar Tres Picos di negeri Chiapas. Jabatan Pengukur Geologi Amerika Syarikat (USG) merekod kekuatan 8.1 manakala jabatan seismology Mexico mencatat 8.4 magnitud.

Menurut AFP, Menteri Dalam Negeri Mexico, Miguel Angel Osorio Chong, melaporkan dua mangsa terbunuh akibat runtuhan bangunan di Chiapas.

Gabenor Tabasco, Arturo Nunez, berkata seorang kanak-kanak mati ditimpa runtuhan bangunan dan seorang lagi bayi mati di hospital akibat bekalan elektrik terputus.

Tiga lagi mangsa maut di Chiapas akibat ditimpa runtuhan bangunan.

Gegaran gempa itu boleh dirasai sejauh 1,000 kilometer sehingga Bandar Raya Mexico City

Amaran tsunami sehingga emapt meter turut dikeluarkan untuk kawasan perairan Mexico, Guatemala, El Salvador, Costa Rica, Nicaragua, Panama dan Honduras serta Ecuador.

Reuters melaporkan, tsunami sudah dikesan di perairan Mexico dengan ombak serendah 0.7 meter yang dikhuatiri boleh menjadi lebih tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 4:27 PM