FOTO Agensi.
FOTO Agensi.
AFP

MEXICO CITY: Badan perundangan Mexico City hari ini meluluskan untuk melarang peniaga daripada beli, jual atau beri pelanggan plastik pakai buang.

Larangan itu mula berkuat kuasa pada Disember 2020 atau Januari 2021, termasuklah beg plastik bukan biodegradasi, penyedut minuman, sudu, garfu dan pisau, cawan dan kapsul kopi, kata perundangan dalam satu kenyataan, dengan menganggapnya sebagai ‘masalah alam sekitar yang serius.’

Ia menggalakkan sembilan juta orang di ibu kota itu secara globalnya berusaha melindungi alam sekitar dan mengekang penggunaan plastik yang dikutip secara keseluruhannya kira-kira lapan juta tan setahun.

Penggubal undang-undang berkata, mereka menerima sebarang cadangan berkaitan perbelanjaan untuk membantu syarikat berkenaan menukar pengeluaran dan penggunaan plastik kepada bahan biodegradasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mei 2019 @ 12:20 PM