RAKYAT Iran mengibarkan bendera dan membawa poster anti-Amerika dan anti-Israel ketika meraikan Revolusi Islam 1979. Foto EPA
RAKYAT Iran mengibarkan bendera dan membawa poster anti-Amerika dan anti-Israel ketika meraikan Revolusi Islam 1979. Foto EPA
Agensi

TEHERAN: Iran dan Israel saling berbalas ancaman dalam pada Teheran menyambut ulang tahun ke-40 revolusinya, semalam.

Seorang komander dari Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengancam menghapuskan Tel Aviv dan Haifa di Israel jika Amerika Syarikat (AS) menyerang Iran, lapor agensi berita IRNA.

“AS sepatutnya tahu kami akan memusnahkan Tel Aviv serta Haifa sekiranya kami diserang,” kata ketua biro politik IRGC, Jeneral Yadollah Javani dipetik Al Jazeera.

Kata-katanya mencetuskan respons Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, lapor AFP.

“Saya tidak memandang remeh ancaman Israel, namun saya juga tidak terancam langsung dengannya. Jika rejim itu cuba memusnahkan Tel Aviv atau Haifa, ia satu kesilapan dan pasti ini menjadi ulang tahun revolusi Iran yang terakhir,” katanya.

Ratusan ribu rakyat Iran berarak termasuk membakar bendera AS bagi memperingati revolusi itu, dalam pada Teheran mempamerkan peluru berpandu balistik susulan usaha Washington mengekang kuasa tenteranya.

Siaran berita menunjukkan orang ramai berhimpun tanpa menghiraukan cuaca sejuk dan hujan, dengan mengibarkan bendera serta melaungkan slogan anti-Israel serta anti-Amerika.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Februari 2019 @ 4:47 PM