FOTO fail menunjukkan penunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Athens. FOTO AFP
FOTO fail menunjukkan penunjuk perasaan di luar Kedutaan Israel di Athens. FOTO AFP
Agensi

Tel Aviv: Israel dilaporkan menutup sementara waktu 28 kedutaan dan konsulat Israel kerana ancaman daripada pihak Iran dan proksinya, lapor akbar The Jerusalem Post yang memetik sumber, Jumaat lalu.

Menurut sumber itu, "sebilangan besar" kedutaan dan konsulat kekal ditutup, dan keputusan untuk berbuat demikian "berbeza mengikut negara dan berdasarkan tahap risiko."

Bertentangan dengan laporan media Israel, "Daripada mengosongkan kemudahan diplomatik ini, ia tidak dibuka semula."

Ini menjadi kejadian berkala sejak beberapa bulan lalu, dicetuskan oleh makluman keselamatan. Beberapa kedutaan Israel ditutup selepas 7 Oktober, antara lain termasuk di Jordan.

Laporan ini di tengah-tengah kebimbangan serangan balas dendam oleh Iran.

Kedutaan Israel di seluruh dunia juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan peningkatan ancaman serangan Iran terhadap diplomat Israel, kata sumber kepada Jerusalem Post pada Khamis lalu.

Selain itu, beberapa duta diminta untuk tidak tampil di acara awam kerana bimbang keselamatan mereka.

Laporan ini berikutan serangan Israel yang didakwa ke atas Syria, yang membunuh anggota kanan Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) Mohammad Reza Zahedi.

Menurut media Israel, diplomat yang berkhidmat di luar negara menyatakan kebimbangan bahawa kedutaan mereka akan menjadi sasaran tindakan balas Iran.

Sebelum ini, Israel menafikan laporan yang mendakwa ia menarik balik dutanya dan memindahkan kedutaannya di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Menurut laporan awal, keputusan yang dinafikan oleh Israel ini dibuat atas persetujuan antara Kementerian Luar dan agensi keselamatan Israel, Shin Bet.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 April 2024 @ 11:30 AM